Sunday 27 July 2008

Setelah membina BLOG, gunakan alat ini untuk memancing pelayar internet!



Berpandukan video dan artikel yang dipaparkan dalam blog ini atau melalui pelbagai rujukan maka mungkin anda telah sedikit sebanyak mula menguasai utiliti CLICKBANK dan pun mungkin telah mula membina blog pertama anda.

Setelah anda membinanya, tentulah anda mahukan bilangan kunjungan atau lawatan yang tinggi dari para pelayar internet agar mereka mula mengklik hiperlink tertentu yang bakal memberi anda pendapatan tambahan. Oleh itu anda memerlukan peralatan untuk memanggil mereka datang. Di sini saya sediakan link untuk anda mendapatkan peralatan tersebut. Silalah kaji dan amalkan apa yang telah diajarkan itu. InsyaAllah rezeki anda akan bertambah. apa yang perlu ialah anda wajib beristiqamah di dalam usaha dan penuh yaqin mengenai ganjaran yang bakal diberikan. Sila klik pada grafik di atas (atau di laman sebelah) untuk mengunjunginya. Selamat berjuang!

Friday 25 July 2008

Apakah sistem pembayaran yang sesuai untuk digunakan di dalam transaksi diinternet?


Jika anda belum mempunyai sebarang utiliti penerimaan pembayaran maka saya cadangkan anda menggunakan sistem PAYPAL. Sistem berkenaan telah lama digunakan oleh ramai usahawan internet termasuk Dr Irfan Khairi dan ramai yang lain. Pelbagai utiliti pembayaran yang ditawarkan termasuklah butang belian, bayaran, bayaran berkala dan butang untuk menderma. PAYPAL menyediakan kemudahan pemilihan matawang yang hendak digunakan. Jika anda ingin menaftar diri untuk menggunakan sistem ini maka sila ke laman http://www.paypal.com/

Thursday 24 July 2008

Sistem murah untuk kawal bajet harian anda!

Salam Bahagia,

Tahukah anda bahawa dewasa kini telah tercipta satu sistem untuk mengawal bajet peribadi dengan kos yang amat murah. Anda cuma mendapatkan sistem tersebut dengan bayaran yang minimum dan zoom! anda sudah boleh menggunakannya sampai bila-bila di desktop atau laptop anda. Pendek kata anda tidak perlu risau tentang perbelanjaan harian dan bulanan anda lagi.

Apa yang perlu anda lakukan ialah merancang untuk berbelanja dan masukkan item dan kos perbelanjaan tersebut. Tiada had bilangan item yang dimasukkan. Jika anda mempunyai banyak perkara atau item untuk dimasukkan maka anda boleh memasukkannya tanpa perlu bimbang tentang bilangan maksimanya. Sekali lagi tiada had untuk kemasukan item bajet.

Setelah anda memasukkan item perbelanjaan maka anda boleh mendapatkan penjumlahannya secara automatik baik dari segi terimaan atau pembayarannya. Sistem akan menjumlahkannya secara automatik untuk bulanan dan tahunan. Anda boleh juga mencetak akaun terimaan dan bayaran di dalam bajet tersebut. Silalah berkunjung ke website berkenaan melalui link ini iaitu Personal Layman Budget atau link yang disediakan ditepi blog ini.

Tuesday 22 July 2008

Apa itu AUTORESPONDER

Mungkin anda biasa terjumpa atau terbaca tentang AUTORESPONDER. Apakah AUTORESPONDER? Apakah fungsinya dan bagaimana kita hendak menggunakannya? Tahukah anda bahawa AUTORESPONDER adalah utiliti atau alat yang sangat berguna di dalam sistem pengurusan dokumen terutama surat menyurat di dalam internet?

AUTORESPONDER ialah suatu aplikasi dalam bentuk kemudahan email. Sistem ini akan memberi tindakbalas serta-merta jika terdapat 'rangsangan elektronik' diberikan kepadanya. Rangsangan yang dimaksudkan ialah email yang mendatang. Sebagai contohnya jika ada seseorang menghantar email kepada abcd@yahiii.cu maka email ini dengan serta merta memberi maklumbalas di dalam bentuk email (yang telah dirancang awal) untuk dihantar kepada kotak email penghantar. Katakanlah seseorang membuat aduan dan menghantar email berkenaan kepada abdc@yahiii.cu maka secara serta-merta abcd@yahiii.cu akan membalas email ter sebut dengan umpamanya "Terima kasih di atas keperihatinan anda dan tindakan akan dilaksanakan dengan seberapa segera - Sekian Terima kasih". Balasan segera ini akan memberi pandangan baik organisasi kepada pelanggan. Pelanggan merasa selesa dan yakin di atas tindak balas yang cepat dari anda. Cubalah pelajari lebih mendalam tentang AUTORESPONDER, sila klik link-link yang berkaitan dengannya di lajur sebelah blog ini.

Wednesday 9 July 2008

Anda jangan ketinggalan!



Di sini saya tidak perlulah menunjukkan penyata bank saya untuk menggambarkan saya sebagai seorang yang berjaya meraih pendapatan dari ClickBank atau apa jua media. Apa yang penting ialah sekarang ini ramai individu yang telah pun berjaya meraih pendapatan melaluinya. Anda bolehlah menonton video yang dipaparkan di blog ini. Walau pun demikian kita semua faham bahawa di dalam usaha untuk mencapai kejayaan kita perlulah meneroka ilmu "The How" nya agar apa yang kita buat akan menepati keperluan pengguna yang mengunjungi BLOG kita. Segala ilmu mengenai persiapan untuk 'memukat' perlu dikuasai sebelum 'ikan-ikan' besar dan kecil dapat ditangkap. Bayangkan jika BLOG anda dapat 'menjaring' wang yang sentiasa mengalir melalui talian internet! Jadi jangan ketinggalan dan ikutilah perkembangan BLOG ini.

Membina BLOG yang hebat