Thursday 4 September 2008

PEMBATALAN SEMINAR

Adalah difahamkan bahawa pihak penganjur Seminar: Meraih Pendapatan Melalui Kemahiran Internet yang sepatutnya diadakan pada 7hb September 2008 terpaksa dibatalkan disebabkan oleh masalah kekurangan sambutan. Pihak penganjur dalam proses memulang kembali yuran pendaftaran peserta. Segala kesulitan adalah amat amat dikesali.

Wednesday 13 August 2008

PENTING - ADA SEMINAR DAN BERBUKA PUASA UNTUK ANDA

Klik Banner untuk ke Blog Seminar

BUKAN ITU SEMUA

Penganjur seminar ini tidak berniat untuk menjadikan para pesertanya jutawan segera. Tidak juga mendedahkan para peserta dengan SKIM Direct Selling, HYIP, MLM, Cepat Kaya, SCAM, PIRAMID atau PONZI. Seminar ini menjurus kepada senario realistik yang mahukan pesertanya mendapat ilmu-ilmu penting bagi meraih pendapatan secara legal. Tidak usah fikir jauh-jauh...bayangkan umpamanya laman web yang anda bangunkan boleh menjana bayaran ansuran kereta dan rumah anda..seolah-olah ada seorang ahli keluarga yang bantu anda untuk menerima gaji bulanan.

MEREKA JUAL BUKU DAN EBOOK
Sudah tentu anda biasa melayari laman web yang mengiklankan jualan ebook. Antara tajuk yang popular ialah bagaimana membina laman web dan juga bagaimana anda menjual produk melalui laman berkenaan. Muncul juga banyak iklan yang mengajak anda membeli buku berkenaan dengan tajuk-tajuk sedemikian malah terdapat juga individu yang menulis tentang aspek "how to do" atau "do it yourself" dalam perkara pemasangan utiliti pada laman-laman web. Buku-buku berjudul "Bagaimana memasang video Youtube" di dalam laman web atau bagaimana meletakkan iklan pada laman web dan meraih pendapatan.

KEMAHIRAN SECARA TERUS
Pihak kami merasakan tibalah masanya untuk anda sekalian cuba pula mempelajari sesuatu utiliti internet secara "hands on". Anda akan belajar sesuatu kemahiran secara terus dari pensyarah yang kami bawa khas untuk anda. Mereka akan menerangkan secara terperinci tentang aplikasi atau utiliti internet khusus untuk menambah pendapatan.

ISIKANDUNGAN SEMINAR
Seminar ini mengandungi pakej ceramah yang menyentuh tentang 3 perkara penting berkaitan dengan kemahiran dan peluang menambah pendapatan iaitu:
  • Asas Blogging
  • Utiliti Google Adsense I
  • Utiliti Google Adsense II
  • Malangkau Forex

Asas Blogging
Asas Blogging menekankan tentang definasi blog, jenis dan contoh-contohnya. Penceramah akan menunjukkan kaedah bagaimana membina blog dengan menggunakan salah-satu aplikasi di internet. Dari kemahiran weblog ini maka para peserta berkemampuan untuk membina laman web yang penuh dengan interaktiviti yang berkemungkinan untuk membantu anda menambah pendapatan.

Utiliti Google Adsense
Kemudahan yang ditawarkan Google ini amat membantu anda menambah pendapatan. Skim pengiklanan unik yang disediakan membolehkan para peserta menggunakannya sebagai alat untuk mencetuskan pendapatan yang berterusan. Pelbagai utitiliti sampingan yang berkaitan dengan Google Adsense ini yang harus dipelajari oleh para peserta.

Melangkaui FOREX
Apabila menyentuh mengenai FOREX maka terdapat individu dalam komuniti internet yang tertanya-tanya apakah ia sebenarnya. "Foreign Exchange" atau FOREX hanya boleh dioperasikan oleh orang yang berdaftar dengan pihak yang mempunyai lesen khas atau seorang ejen bagi syarikat yang mempunyai lesen berkenaan. Ramai yang telah kecundang akibat telah ditipu oleh sesetengah pengendali perniagaan ini yang mendakwa mempunyai lesen-lesen tertentu namun sebenarnya jauh dari kebenaran.

Mengapa tidak anda belajar sendiri tentang FOREX? Adakah anda boleh menguruskannya secara online? Mengapakah ramai individu yang telah gagal di dalam bidang ini? Apakah rahsia-rahsia disebalik orang yang berjaya?

Anda akan dijelaskan tentang suatu konsep yang dinamakan "Financial Management" berkaitan dengan transaksi FOREX oleh pensyarah yang tidak asing lagi

MASUK PERCUMA JIKA DAFTARKAN 4 RAKAN
Benar, daftarkan 4 orang individu dan anda (orang yang memperkenalkan mereka) boleh masuk percuma.

CABUTAN BERTUAH
Sukacita, penganjur menawarkan cabutan bertuah kepada peserta. Tiap peserta akan diberikan nombor khusus yang memungkinkan mereka dipilih untuk menerima cabutan bertuah.

ISTIMEWA - SESI BERBUKA PUASA
Seminar kali ini adalah lebih istimewa kerana kami selitkan dengan sesi berbuka puasa pada jam 7.16 ptg pada hari berkenaan. Anda tidak perlu bersusah payah mencari juadah untuk berbuka..semuanya kami telah sediakan.

KETERANGAN LANJUT

Layari http://seminar-sysalq.blogspot.com

atau taip MULTI INFO SEMINAR dan SMS kan ke 33886

Sunday 10 August 2008

IDEA BARU : ADSENSE + CLICK BANK = ClixSense


Sahabat,

Suatu idea baru yang muncul di dalam kotak email saya ialah ClixSense yang berpotensi membantu anda "top-up" duit dalam poket anda. Jika adsense menebar iklan melalui laman web termasuk blog maka ClixSense menawarkan sesuatu yang sebelum ini tidak menghasilkan sebarang pendapatan iaitu...hanya 'melihat-lihat' iklan. Jika anda rajin untuk menatapi iklan-iklan berkenaan maka anda dapat duit berbanding dengan melihat iklan lain yang tidak menghasilkan apa-apa.

Apa yang lebih menarik lagi ialah anda boleh pula "berniaga" dengan mereka dengan cara menjadi ahli affiliate bagi sistem baru ini. Setiap pemerhatian iklan oleh orang yang datang dari laman web anda akan mendatangkan hasil apatah lagi jika mereka mendaftar atau membeli produk yang diperhatikan itu. Clixbank menyenaraikan suatu jadual nama affiliator yang telah berjaya dan rasanya anda boleh melakukannya dengan lebih hebat lagi.

Silalah melawat Clixbank dengan mengklik alamat ini http://www.clixsense.com/?2527723 atau klik pada gambar laman Clixbank seperti di atas.

Sunday 27 July 2008

Setelah membina BLOG, gunakan alat ini untuk memancing pelayar internet!



Berpandukan video dan artikel yang dipaparkan dalam blog ini atau melalui pelbagai rujukan maka mungkin anda telah sedikit sebanyak mula menguasai utiliti CLICKBANK dan pun mungkin telah mula membina blog pertama anda.

Setelah anda membinanya, tentulah anda mahukan bilangan kunjungan atau lawatan yang tinggi dari para pelayar internet agar mereka mula mengklik hiperlink tertentu yang bakal memberi anda pendapatan tambahan. Oleh itu anda memerlukan peralatan untuk memanggil mereka datang. Di sini saya sediakan link untuk anda mendapatkan peralatan tersebut. Silalah kaji dan amalkan apa yang telah diajarkan itu. InsyaAllah rezeki anda akan bertambah. apa yang perlu ialah anda wajib beristiqamah di dalam usaha dan penuh yaqin mengenai ganjaran yang bakal diberikan. Sila klik pada grafik di atas (atau di laman sebelah) untuk mengunjunginya. Selamat berjuang!

Friday 25 July 2008

Apakah sistem pembayaran yang sesuai untuk digunakan di dalam transaksi diinternet?


Jika anda belum mempunyai sebarang utiliti penerimaan pembayaran maka saya cadangkan anda menggunakan sistem PAYPAL. Sistem berkenaan telah lama digunakan oleh ramai usahawan internet termasuk Dr Irfan Khairi dan ramai yang lain. Pelbagai utiliti pembayaran yang ditawarkan termasuklah butang belian, bayaran, bayaran berkala dan butang untuk menderma. PAYPAL menyediakan kemudahan pemilihan matawang yang hendak digunakan. Jika anda ingin menaftar diri untuk menggunakan sistem ini maka sila ke laman http://www.paypal.com/

Thursday 24 July 2008

Sistem murah untuk kawal bajet harian anda!

Salam Bahagia,

Tahukah anda bahawa dewasa kini telah tercipta satu sistem untuk mengawal bajet peribadi dengan kos yang amat murah. Anda cuma mendapatkan sistem tersebut dengan bayaran yang minimum dan zoom! anda sudah boleh menggunakannya sampai bila-bila di desktop atau laptop anda. Pendek kata anda tidak perlu risau tentang perbelanjaan harian dan bulanan anda lagi.

Apa yang perlu anda lakukan ialah merancang untuk berbelanja dan masukkan item dan kos perbelanjaan tersebut. Tiada had bilangan item yang dimasukkan. Jika anda mempunyai banyak perkara atau item untuk dimasukkan maka anda boleh memasukkannya tanpa perlu bimbang tentang bilangan maksimanya. Sekali lagi tiada had untuk kemasukan item bajet.

Setelah anda memasukkan item perbelanjaan maka anda boleh mendapatkan penjumlahannya secara automatik baik dari segi terimaan atau pembayarannya. Sistem akan menjumlahkannya secara automatik untuk bulanan dan tahunan. Anda boleh juga mencetak akaun terimaan dan bayaran di dalam bajet tersebut. Silalah berkunjung ke website berkenaan melalui link ini iaitu Personal Layman Budget atau link yang disediakan ditepi blog ini.

Tuesday 22 July 2008

Apa itu AUTORESPONDER

Mungkin anda biasa terjumpa atau terbaca tentang AUTORESPONDER. Apakah AUTORESPONDER? Apakah fungsinya dan bagaimana kita hendak menggunakannya? Tahukah anda bahawa AUTORESPONDER adalah utiliti atau alat yang sangat berguna di dalam sistem pengurusan dokumen terutama surat menyurat di dalam internet?

AUTORESPONDER ialah suatu aplikasi dalam bentuk kemudahan email. Sistem ini akan memberi tindakbalas serta-merta jika terdapat 'rangsangan elektronik' diberikan kepadanya. Rangsangan yang dimaksudkan ialah email yang mendatang. Sebagai contohnya jika ada seseorang menghantar email kepada abcd@yahiii.cu maka email ini dengan serta merta memberi maklumbalas di dalam bentuk email (yang telah dirancang awal) untuk dihantar kepada kotak email penghantar. Katakanlah seseorang membuat aduan dan menghantar email berkenaan kepada abdc@yahiii.cu maka secara serta-merta abcd@yahiii.cu akan membalas email ter sebut dengan umpamanya "Terima kasih di atas keperihatinan anda dan tindakan akan dilaksanakan dengan seberapa segera - Sekian Terima kasih". Balasan segera ini akan memberi pandangan baik organisasi kepada pelanggan. Pelanggan merasa selesa dan yakin di atas tindak balas yang cepat dari anda. Cubalah pelajari lebih mendalam tentang AUTORESPONDER, sila klik link-link yang berkaitan dengannya di lajur sebelah blog ini.