Tuesday 22 July 2008

Apa itu AUTORESPONDER

Mungkin anda biasa terjumpa atau terbaca tentang AUTORESPONDER. Apakah AUTORESPONDER? Apakah fungsinya dan bagaimana kita hendak menggunakannya? Tahukah anda bahawa AUTORESPONDER adalah utiliti atau alat yang sangat berguna di dalam sistem pengurusan dokumen terutama surat menyurat di dalam internet?

AUTORESPONDER ialah suatu aplikasi dalam bentuk kemudahan email. Sistem ini akan memberi tindakbalas serta-merta jika terdapat 'rangsangan elektronik' diberikan kepadanya. Rangsangan yang dimaksudkan ialah email yang mendatang. Sebagai contohnya jika ada seseorang menghantar email kepada abcd@yahiii.cu maka email ini dengan serta merta memberi maklumbalas di dalam bentuk email (yang telah dirancang awal) untuk dihantar kepada kotak email penghantar. Katakanlah seseorang membuat aduan dan menghantar email berkenaan kepada abdc@yahiii.cu maka secara serta-merta abcd@yahiii.cu akan membalas email ter sebut dengan umpamanya "Terima kasih di atas keperihatinan anda dan tindakan akan dilaksanakan dengan seberapa segera - Sekian Terima kasih". Balasan segera ini akan memberi pandangan baik organisasi kepada pelanggan. Pelanggan merasa selesa dan yakin di atas tindak balas yang cepat dari anda. Cubalah pelajari lebih mendalam tentang AUTORESPONDER, sila klik link-link yang berkaitan dengannya di lajur sebelah blog ini.

2 comments:

sravanrao said...

target survey is a set of questions curated just to evaluate how customers are feeling about the company. upon successfully completing the Target Guest Survey customers can get a chance to win free rewards.

sravanrao said...

This is a very informative blog for me. I am very much benefited after reading this blog. Keep sharing. How To Reset Firestick.