Wednesday 13 August 2008

PENTING - ADA SEMINAR DAN BERBUKA PUASA UNTUK ANDA

Klik Banner untuk ke Blog Seminar

BUKAN ITU SEMUA

Penganjur seminar ini tidak berniat untuk menjadikan para pesertanya jutawan segera. Tidak juga mendedahkan para peserta dengan SKIM Direct Selling, HYIP, MLM, Cepat Kaya, SCAM, PIRAMID atau PONZI. Seminar ini menjurus kepada senario realistik yang mahukan pesertanya mendapat ilmu-ilmu penting bagi meraih pendapatan secara legal. Tidak usah fikir jauh-jauh...bayangkan umpamanya laman web yang anda bangunkan boleh menjana bayaran ansuran kereta dan rumah anda..seolah-olah ada seorang ahli keluarga yang bantu anda untuk menerima gaji bulanan.

MEREKA JUAL BUKU DAN EBOOK
Sudah tentu anda biasa melayari laman web yang mengiklankan jualan ebook. Antara tajuk yang popular ialah bagaimana membina laman web dan juga bagaimana anda menjual produk melalui laman berkenaan. Muncul juga banyak iklan yang mengajak anda membeli buku berkenaan dengan tajuk-tajuk sedemikian malah terdapat juga individu yang menulis tentang aspek "how to do" atau "do it yourself" dalam perkara pemasangan utiliti pada laman-laman web. Buku-buku berjudul "Bagaimana memasang video Youtube" di dalam laman web atau bagaimana meletakkan iklan pada laman web dan meraih pendapatan.

KEMAHIRAN SECARA TERUS
Pihak kami merasakan tibalah masanya untuk anda sekalian cuba pula mempelajari sesuatu utiliti internet secara "hands on". Anda akan belajar sesuatu kemahiran secara terus dari pensyarah yang kami bawa khas untuk anda. Mereka akan menerangkan secara terperinci tentang aplikasi atau utiliti internet khusus untuk menambah pendapatan.

ISIKANDUNGAN SEMINAR
Seminar ini mengandungi pakej ceramah yang menyentuh tentang 3 perkara penting berkaitan dengan kemahiran dan peluang menambah pendapatan iaitu:
  • Asas Blogging
  • Utiliti Google Adsense I
  • Utiliti Google Adsense II
  • Malangkau Forex

Asas Blogging
Asas Blogging menekankan tentang definasi blog, jenis dan contoh-contohnya. Penceramah akan menunjukkan kaedah bagaimana membina blog dengan menggunakan salah-satu aplikasi di internet. Dari kemahiran weblog ini maka para peserta berkemampuan untuk membina laman web yang penuh dengan interaktiviti yang berkemungkinan untuk membantu anda menambah pendapatan.

Utiliti Google Adsense
Kemudahan yang ditawarkan Google ini amat membantu anda menambah pendapatan. Skim pengiklanan unik yang disediakan membolehkan para peserta menggunakannya sebagai alat untuk mencetuskan pendapatan yang berterusan. Pelbagai utitiliti sampingan yang berkaitan dengan Google Adsense ini yang harus dipelajari oleh para peserta.

Melangkaui FOREX
Apabila menyentuh mengenai FOREX maka terdapat individu dalam komuniti internet yang tertanya-tanya apakah ia sebenarnya. "Foreign Exchange" atau FOREX hanya boleh dioperasikan oleh orang yang berdaftar dengan pihak yang mempunyai lesen khas atau seorang ejen bagi syarikat yang mempunyai lesen berkenaan. Ramai yang telah kecundang akibat telah ditipu oleh sesetengah pengendali perniagaan ini yang mendakwa mempunyai lesen-lesen tertentu namun sebenarnya jauh dari kebenaran.

Mengapa tidak anda belajar sendiri tentang FOREX? Adakah anda boleh menguruskannya secara online? Mengapakah ramai individu yang telah gagal di dalam bidang ini? Apakah rahsia-rahsia disebalik orang yang berjaya?

Anda akan dijelaskan tentang suatu konsep yang dinamakan "Financial Management" berkaitan dengan transaksi FOREX oleh pensyarah yang tidak asing lagi

MASUK PERCUMA JIKA DAFTARKAN 4 RAKAN
Benar, daftarkan 4 orang individu dan anda (orang yang memperkenalkan mereka) boleh masuk percuma.

CABUTAN BERTUAH
Sukacita, penganjur menawarkan cabutan bertuah kepada peserta. Tiap peserta akan diberikan nombor khusus yang memungkinkan mereka dipilih untuk menerima cabutan bertuah.

ISTIMEWA - SESI BERBUKA PUASA
Seminar kali ini adalah lebih istimewa kerana kami selitkan dengan sesi berbuka puasa pada jam 7.16 ptg pada hari berkenaan. Anda tidak perlu bersusah payah mencari juadah untuk berbuka..semuanya kami telah sediakan.

KETERANGAN LANJUT

Layari http://seminar-sysalq.blogspot.com

atau taip MULTI INFO SEMINAR dan SMS kan ke 33886

No comments: